Raspberry Pi 500

Raspberry Pi 500

Raspberry Pi 500 ialah komputer yang pantas dan berkuasa terbina di dalam papan kekunci berkualiti tinggi. Raspberry Pi 500 menampilkan pemproses Arm 64-bit quad-core yang sama dan RP1. Dengan heatsink aluminium sekeping dibina untuk prestasi terma yang dipertingkatkan. Raspberry Pi 500 mempunyai prestasi yang baik walaupun di bawah beban berat. Raspberry Pi 500 Kit Desktop disertakan dengan tetikus, bekalan kuasa USB-C dan kabel HDMI, bersama-sama dengan Panduan Raspberry Pi untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya komputer baru anda.

Semua port berada di bahagian belakang dan mempunyai satu port USB 2 untuk tetikus. Dilengkapi dua port USB 3, slot kad SD mikro (sama seperti Raspberry Pi 5). Input kuasa USB Jenis C, dua port HDMI mikro 4K dan antara muka GPIO, dan port Gigabit Ethernet. Akhirnya terdapat tempat untuk mengunci Pi 500 anda ke meja dengan Kensington Lock.

Papan kekuncinya bagus. Ia bukanlah papan kekunci mekanikal yang terbaik, tetapi membrane chiclet keys adalah responsif dan berfungsi dengan baik walaupun dengan gaya pennaipan pantas. Ia juga mempunyai butang kuasa di bahagian atas sebelah kanan. Perlukan long press mematikan kuasa jadi anda tidak akan tersalah ketika menggunakannya (2 saat = Shutdown Menu Press, 7 saat= Safe Shutdown).

PCBnya sangat serupa dengan Pi 400 tetapi dengan GPIO dan port USB berubah tempat. Terdapat ruang besar berbentuk M.2 yang boleh memuatkan NVMe SSD atau AI accelerator tetapi tiada slot penyambung.

Penggunaan

Raspberry Pi baru ini sangat sesuai untuk makmal, sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan komputer yang padat dan berkuasa. Reka bentuk serba boleh menjadikannya sesuai untuk hampir semua aplikasi. Seperti papan Raspberry Pi standard, komputer papan kekunci ini termasuk CPU, GPU, RAM, port multimedia HDMI, port USB, sambungan wayarles dan berwayar, slot kad microSD dan pin General Purpose Input/Output (GPIO). Dengan jutaan papan Raspberry Pi digunakan di universiti, politeknik, sekolah, kilang, ruang pembuatan dan juga stesen angkasa ia merupakan platform yang terbukti untuk banyak aplikasi.

Spesifikasi

Item Keterangan
Processor 2.4GHz quad-core 64-bit Arm Cortex-A76 CPU, with cryptography extensions, 512KB per-core L2 caches and a 2MB shared L3 cache
Memory 8GB LPDDR4X-4267 SDRAM
Connectivity Dual-band (2.4GHz and 5.0GHz) IEEE 802.11b/g/n/ac Wi-Fi® Bluetooth 5.0, BLE, Gigabit Ethernet, 2 × USB 3.0 ports and 1 × USB 2.0 port
GPIO Horizontal 40-pin GPIO header
Video & sound 2 × micro HDMI ports (supports up to 4Kp60), Multimedia
SD card support microSD card slot for operating system and data storage
Keyboard 78-, 79- or 83-key compact keyboard (depending on regional variant)
Power 5V DC via USB connector
Operating temperature 0°C to +50°C
Dimensions 286mm × 122mm × 23mm (maximum)
Production lifetime Raspberry Pi 500 will remain in production until at least January 2034
Dimensions 286 mm × 122 mm × 23 mm (maximum

*Raspberry Pi dan Imej adalah trademark Raspberry Pi Foundation.

Inspirasi | Inovasi | Integrasi

Tanjak Tech - Teknologi Pengkomputeran,TanjakTech, Bertumpu kepada pembangunan, pengeluaran dan pengedaran produk atau perkhidmatan berasaskan teknologi. Fokus terhadap teknologi generasi akan datang dan menyediakan penyelesaian inovatif yang mesra pengguna. Inovasi berterusan, membentuk teknologi seiring kemajuan dan transformasi digital untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada semua.
TanjakTech

Bertumpu kepada pembangunan, pengeluaran dan pengedaran produk atau perkhidmatan berasaskan teknologi. Fokus terhadap teknologi generasi akan datang dan menyediakan penyelesaian inovatif yang mesra pengguna.

tanjaktech.com